Sabtu, 5 Julai 2014

Atok :(

Assalamualaikum w.b.t..

Da b,bpa hri kan ain xmenulis blog..
bukan apa tiada kesempatan untuk menaip ni...

Ain pun xtau nak tulis tentang apa kerana ain masih dalam kesedihan lagi..

04.07.2014  atok ain Hj. Abdul Samad b. Hassan sudah kembali ke rahmatullah.
Perginya arwah dgn tiada sesiapa disisi. Sangat terkilan sbb xberada disisi arwah time 2.. sedih xperlu d,ungkap hanya diri ain dan allah s.w.t yg mengetahui.
Paling terkilan ain xsempat minta ampun dan maaf dari arwah.. ain bnyak wat salah pada arwah.. ain bukan jenis orang yg penyabar..
Ain buta hati!

Saat ain dapat berita dari pihak hospital,ain memang xsedap hati..

Jam 11 pagi (jumaat 04.07.2014)
ain menerima panggilan dr pihak hospital yg mengatakan atok ain tenat. Doktor nak jumpa waris. Time 2, kat rumah cuma ada ain,abg,n nenek shja. Mak balik benut nak siapkan tempahan kuih.
Nenek time 2 tgah menjahit. Ain terus kejutkan abg n ajak nenek ke hospital. Ain xleh pk ape da. Memang laju ain drive.. Ain fikirkan 1 je. ATOK.

Sampai je ain kat Hospital Pontian, ain dan nenek je yg dapat masuk. Guard xbgi masuk ramai2.. Kitowg terus ke wad 4..tapi malam 3.7.14 arwah atok time 2 da dipindahkan ke wad persendirian sebab doktor bru xray . doktor syak atok ada kuman dkt paru2 dia..

Sampai je dkt bilik2, nurse lelaki tak bagi masuk. diorang suruh jumpa doktor dulu. ain nampak atok dari luar berselirat dengan wayar..
Ain gn nenek jumpa doktor. Doktor minta kitorang bersabar. Doktor da melakukan apa yang termampu,,atok da xkuat . atok sesak nafas.. dan saat2 terakhir atok,doktor kate nafas atok terlalu kuat.. doktor da lakukan yg terbaik. atok tak boleh operate. sbb atok xkuat. Dan time2,mak ain tepon.tny ain dkt wad mane. Ain kuar kejap. Ble da masuk smule doktor suruh besabar. Atok ain da xda!  Ain terus keluar,ain nampak mak. ain peluk mak. ain cakap atok da xda! mak terus meluru ke dalam. Ain menangis. menangis sbb xsempat minta maaf pada atok..  Ain masuk dalam.. Ain bacekan yassin. Urusan jenazah dilakukan at hospital . Lepas solat jumaat bru mandikan jenazah..
Mak gn abg da balik rumah. Uruskan apa yang patut. Anak2 atok yg lain on the way balik.
ucu ain yang tiba dulu. dia yang uruskan semua at hspital.
Atok slamt dkebumikan jam 530 ptg.

Segarang2 atok ,ain tetap sayang atok walaupun ain bukanla cucu yg baik. Atok la segala-galanya bg ain. Kenangan dgan arwah atok tika dulu tetap diingati slalu.
Al-fatihah untuk arwah atok Hj Abdul Samad b.Hassan.

#hargai orang yg tersayang slagi mereka masih hidup..
~sekian untuk pg ini 03:43 a.m (06.07.14)

Ahad, 29 Jun 2014

1st Ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t.

Hye uol bertemu lg kite... Woww.. 1st day bpuase mesti syok kan...

Tp yg tak syok nye panas sangat cuace.... 1st day puase,sdare ain balik...
So,bnykla nk merancang menu berbuka nanti...

So,,jam 11 a.m ,,ain,mak,nenek,sepupu2 pergi ke pasar ikan...

Rancangnya menu berbuka nanti nak masak asam pedas kepala ikan,ikan kering masak lemak,,n then minta jiran sbelah buatkan pecel..
  

Ain gi pasar rengit... Dengan cuace yg agak panas ,kitowg ke pasar,,pastu gi kedai ubat,gi maybank...
Merayau2 lah at area rengit tu...

Pergi pukul 11 sampai rumah pukul 3p.m...huhuu.penat,haus...
setiba di rumah apalagi ain masuk bilik tido...hehee..

Adik sepupu kejut suruh masak...
Dengan kemalasan ain bangun,tolong maksu memasak...hehehe..
bukan ain yg masak tau....

OPS!! nak resepi asam pedas
x??
mehh,intai resepi asam pedas mak ain...

Asam Pedas Ikan Baggoo....

*1ekor ikan baggoo...(ni je yg ain jumpa)
-siang ikan ni ,basuh dan rendamkan dengan air asam +sdikit garam...
*20 tangkai lada kering
-gunting2,rendamkan dgn air.
*5 biji bawang besar
*10ulas bawang puteh.
*1/4 inci halia
*1/4 inci kunyit
*halba(optional)
*sdikit belacan.

bahan-bahan di atas blender kcuali halba.
da siap blender,tumiskan sambil masukn halba tadi hingga naik bau dan garing..
then, masukan air asam jawa..
masukan air separuh dari periuk yg uol gunakan k.
bila kuah da mengelegak masukan ikan yg da dicuci bersih td..
masukan daun kesum bagi bau yg mengancam..hehe..
jangan lupa letakkn sdikit garam,asam jawa,sdikit gula...
kang xpasal2 tawar..
   
ini je la coretan arini...sekian...
SELAMAT BERBUKA PUASA. :-)

Sabtu, 28 Jun 2014

Cahaya Ramadhan..

Assalamualaikum w.b.t..

Entri kali ni tentang Nur Ramadhan..
Alhamdulilah ...kita masih diberi keizinan untuk menyambut bulan ramadhan yang penuh berkah ni..
Mudah-mudahan bulan ramadhan kali ni dapat kita sambut dengan penuh keimanan...

Mari kita lihat tentang entri nur ramadhan...

#KELEBIHAN TTG RAMADHAN..

  "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

"Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila datang bulan Ramadan, kerjakanlah umrah kerana sesungguhnya umrah pada bulan Ramadan adalah menyamai haji." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhum, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644)

Diceritakan dari Salman RadiyaLlahu 'anhu, dia berkata  Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam memberikan khutbah kepada kami pada akhir hari bulan Sya'ban, baginda bersabda : "Wahai manusia, telah hampir datang bulan suci Ramadan yang penuh berkah, bulan yang didalamnya terdapat malam yang lebih baik dari ibadah seribu bulan. Bulan yang dijadikan oleh Allah, puasa pada siang harinya suatu kewajipan dan solat pada malamnya (selain solat fardhu) sebagai solat sunnah.

Sesiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan amal kebaikan, pahalanya laksana orang yang melakukan kewajipan pada selain bulan Ramadan.

Sesiapa yang melakukan kewajipan di bulan tersebut, pahalanya laksana pahala orang yang melaksanakan tujuh puluh kewajipan di lain bulan suci Ramadhan. Ia adalah bulan sabar, bagi orang yang bersabar tidak lain balasannya syurga, dan merupakan bulan toleransi, dan bulan ditambahkannya rezeki bagi orang Mukmin, orang yang memberi buka puasa bagi orang yang berpuasa maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka dan baginya pahala seperti pahala orang yang diberinya berbuka puasa tanpa dikurangi sedikitpun pahalanya.

Mereka bertanya : "Wahai RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam, tidaklah semua kami ini mampu memberikan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain ? Maka RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda : "Allah akan memberikan pahala tersebut bagi orang yang memberikan makanan bagi orang yang berpuasa sekalipun hanya dengan satu biji kurma atau seteguk minuman air putih atau sepotong susu kering. 
Dan adalah Bulan Ramadan awalnya (10 hari pertama) rahmat, pertengahannya (10 hari kedua) keampunan dan akhirnya (10 hari terakhir) pembebasan dari neraka. 

Sesiapa meringankan hamba sahayanya pada bulan itu Allah mengampuni dosanya dan dibebaskan dari neraka. Maka perbanyakkanlah di Bulan Ramadhan 4 hal. Dua hal kamu mendapat redha Tuhanmu dan dua hal kamu tidak akan merasa puas dengannya. Adapun dua hal yang membuatkan kamu diredhai Allah adalah : Mengucapkan dan bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan kamu mohon keampunan kepada-Nya.

Adapun dua hal yang kamu tidak akan merasa puas dengannya adalah : Kamu minta syurga kepada-Nya dan minta perlindungan dari api neraka. 

Dan sesiapa yang memberi minum orang yang berbuka puasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku, sekali minum sahaja tidak akan haus selamanya sehingga masuk ke syurga ".(Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya,  dan diriwayatkan dari jalan al Baihaqi, dan diriwayatkan Abu Asy Syaikh Ibnu Hibban dalam at Tsawwab dengan ringkas (at Targhib wa at Tarhib II/94) dan Al Feqh Al Islamiy Wa Adillatuh (2/572))

Wallahu a'lam.

#copy_paste..

SALAM RAMADHAN KPD SELURUH UMAT ISLAM..

Jumaat, 27 Jun 2014

Permulaan Cerita...


Bismillahirrahamnirahim...

Assalamualaikum w.b.t...


1st time menulis blog ni... selama nie just usha at blog org jer kann....
mey sye perkenalkan diri sye dulu.. name sye Nurain just call me ain je...
minat ain yg mendalam dalam bidang bakery membuatkan ain nak create blog ni...
al-maklum lah zaman sekarang macam2 ade ...ye dark??
Jom usha gambar-gambar kek yang ain belajar....





Antara kek yg ain da belajar.. ape yg ain pelajari ain akan praktikkan...
dan ain akan buat...
in shaa allah kek-kek yg ain pelajari akan ain pasarkan...

Cita-cita ain nak open cafe... That's why ain pergi kelas kek... supaya tangan ain ni tak kaku nk buat kek....

Ilmu yg diperolehi akan ku manfaatkan... pray of me k...
ain nk log out dulu... ade mse ain akan update ttg jualan kek n biskut plak ye...